Cara Membuat Snappy Driver Installer Dari DriverPack Solution


Snappy Driver Installer merupakan sebuah aplikasi "Driver Installer" yang sama seperti Driverpack Solution. Antara perbezaan aplikasi Snappy Driver Installer ini dengan Driverpack Solution adalah dari segi kecepatan ia untuk mengesan (detect) driver yang diperlukan didalam sesebuah komputer atau laptop secara menyeluruh. Kedua-dua aplikasi ini menggunakan pangkalan data (database) driver yang sama iaitu dari sumber Driverpacks.net.  Jadi tutorial kali ini admin nak kongsi Cara Membuat Snappy Driver Installer Dari DriverPack Solution.

Screenshot Snappy Driver Installer

Aplikasi yang diperlukan:
1. DriverPack Solution
2. Snappy Driver Installer Standalone
3. Winrar / PowerISO

Tutorial Cara Membuat Snappy Driver Installer Dari DriverPack Solution

1. Extract file Snappy Driver Installer Standalone menggunakan aplikasi Winrar.

2. Buka file ISO DriverPack Solution menggunakan Winrar  atau 'mount' menggunakan aplikasi PowerISO. Disini admin akan menggunakan Winrar dengan cara Klik kanan pada file ISO Driverpack Solution >> Open with >> WinRAR archiver dan buka folder "drivers".

3. 'Select All (Ctrl + A)' semua file driver di dalam folder tersebut.

4. Extract file tersebut ke folder "drivers" Snappy Driver Installer ( SDI_versi [cth: SDI_R496] >> drivers ).

5. Selesai. Untuk buka aplikasi Snappy Driver Installer hanya perlu jalankan sahaja file 'exe' nya sahaja.

Note:  Anda boleh pindahkan folder Snappy Driver Installer (SDI) ke flashdisk atau burn ke DVD. Tapi pastikan media storage anda mempunyai ruang yang mencukupi kerana aplikasi ini cukup besar saiznya.

Sekian.......selamat mencuba... :)

JIKA ADA SEBARANG MASALAH ATAU PERMINTAAN TUTORIAL SILA TINGGALKAN KOMEN K.. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA..