|
Tutorial Menggunakan Whatsapp Web Di Laptop/PC |
Beberapa hari lepas Whatsapp telah memperkenalkan secara rasmi versi desktopnya. Dalam versi desktop ini, ia umpama cermin (mirror) bagi aplikasi Whatsapp yang telah terpasang pada telefon pintar anda. Segala mesej keluar masuk pada aplikasi Whatsapp pada telefon pintar anda akan terpapar pada WhatsApp Web versi desktop ini. Fungsi Whatsapp Web ini memerlukan sambungan internet pada kedua-dua peranti sama ada pada telefon pintar atau PC/Laptop anda.
Whatsapp Web ini hanya boleh berfungsi dengan menggunakan pelayar web Google Chrome dan tidak akan tersedia untuk pengguna iPhone kerana keterbatasan Platform Apple.
P/S: Pastikan kedua-dua peranti , telefon pintar dan PC/Laptop anda mempunyai sambungan internet.
Tutorial Menggunakan Whatsapp Web Di Laptop/PC
2. Setelah itu, ada akan diberikan satu QR Code.
3. Untuk mengimbas QR Code tersebut, anda perlulah menggunakan aplikasi WhatsApp versi yang terbaru pada telefon pintar anda, yang mempunyai fungsi "WhatsApp Web" pada menu aplikasi tersebut.
i) . Buka WhatsApp Web :
- Untuk Android , Windows Phone dan Nokia S60
Buka WhatsApp --> Menu --> WhatsApp Web
- Untuk BlackBerry
Buka WhatsApp --> Chat --> Menu Key --> WhatsApp Web
- Untuk BlackBerry 10:
Buka WhatsApp --> Swipe kebawah dari atas skrin --> WhatsApp Web
- Untuk Iphone :
Masih tidak menyokong fungsi ini.
ii) . Jika keluar cara mengimbas QR Code seperti gambar dibawah, klik pada " OK, GOT IT".
iii) . Seterusnya, anda imbas QR Code yang terpapar pada PC/Laptop anda tadi.
iii) Setelah QR Code berjaya diimbas, anda suda boleh menggunakan WhatsApp pada PC/Laptop anda.