|
Asus Zenfone 2 |
Nampaknya Asus begitu serius dengan peranti Zenfone mereka dengan melancarkan Asus Zenfone 2 yang hadir dengan 4 GB RAM menjadikan ia antara yang pertama menggunakan memori sebesar itu. jika sebelum ini, peranti Zenfone agak popular dikalangan pengguna oleh kerana menawarkan pakej yang terbaik pada harga yang lebih berpatutan.
Tidak seperti peranti Zenfone sebelumnya yang hadir dengan pelbagai variasai saiz paparan, Zenfone kali ini hadir dengan hanya 5.5 inci yang hadir dengan resolusi 1080 x 1920 pixels. Asus masih lagi mengekalkan pemproses intel pada Zenfone kali ini. Ia dipadukan dengan Intel Atom Z3580 Quad Core 2.3 Ghz.
Di bahagian belakangnya pula tertera kamera 13 Megapixel yang hadir dengan dual-LED. Bahagian hadapan pula, Asus memperlihatkan kamera 5 Megapixel untuk pengalaman selfie yang lebih baik.
Spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Asus Zenfone 2 :
- Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
- Paparan Skrin 5.5 Inci Full HD dengan resolusi 1920 x 1080 pixels
- Pemproses 64-bit Intel Atom Z3580
- Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera
- Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
- Kapasiti Bateri Li-Po 3000 mAh
- Dua pilihan memori terbina 16GB/32GB/64RAM dan 2GB RAM/4GB RAM
- Sokongan microSD 64 GB
Nak lihat spesifikasi lain boleh ke pautan ini
http://www.gsmarena.com/asus_zenfone_2_ze551ml-6917.php
Asus Zenfone 2 boleh didapati bermula March tahun ini. Menariknya, sebuah peranti yang mantap ini akan dijual pada harga USD199 sekitar RM700.
Credit :
MesraMobile