Snappy Driver Installer merupakan sebuah aplikasi "Driver Installer" yang sama seperti
Driverpack Solution. Antara perbezaan aplikasi Snappy Driver Installer ini dengan
Driverpack Solution adalah dari segi kecepatan ia untuk mengesan (detect) driver yang diperlukan didalam sesebuah komputer atau laptop secara menyeluruh. Kedua-dua aplikasi ini menggunakan pangkalan data (database) driver yang sama iaitu dari sumber
Driverpacks.net. Jadi tutorial kali ini admin nak kongsi
Cara Membuat Snappy Driver Installer Dari DriverPack Solution.
|
Screenshot Snappy Driver Installer |
Aplikasi yang diperlukan:
1.
DriverPack Solution
2.
Snappy Driver Installer Standalone
3. Winrar / PowerISO
Tutorial Cara Membuat Snappy Driver Installer Dari DriverPack Solution
1. Extract file
Snappy Driver Installer Standalone menggunakan aplikasi Winrar.
2. Buka file ISO
DriverPack Solution menggunakan Winrar atau 'mount' menggunakan aplikasi PowerISO. Disini admin akan menggunakan Winrar dengan cara
Klik kanan pada file ISO Driverpack Solution >>
Open with >>
WinRAR archiver dan buka folder "
drivers".
3.
'Select All (Ctrl + A)' semua file driver di dalam folder tersebut.
4. Extract file tersebut ke folder "
drivers" Snappy Driver Installer (
SDI_versi [cth: SDI_R496] >>
drivers ).
5. Selesai. Untuk buka aplikasi
Snappy Driver Installer hanya perlu jalankan sahaja file '
exe' nya sahaja.
Note: Anda boleh pindahkan folder Snappy Driver Installer (SDI) ke
flashdisk atau burn ke
DVD. Tapi pastikan media storage anda mempunyai ruang yang mencukupi kerana aplikasi ini cukup besar saiznya.
Sekian.......selamat mencuba... :)