Berdasarkan daripada laman web
Windows 10 Tech Bench Upgrade Program , terdapat kod sumber (source code) yang berupaya untuk menjana pautan muat turun fail imej ISO pelbagai versi selain dari Windows 10 seperti Windows 7 dan Windows 8.1. WZOR yang terkenal sebagai penggodam atau 'leaker' yang berasal dari Rusia telah mencipta sebuah 'script' yang membolehkan pautan muat turun ISO semua versi ini dapat dipaparkan. Ikuti tutorial dibawah
Cara Muatturun Fail ISO Windows 7, Windows 8.1, Windows 10 (Official) Secara Terus Dari Microsoft Tech Bench.
1. Buka pautan laman web '
Windows 10 Tech Bench Upgrade Program' di
sini.
|
Anda hanya akan nampak Versi Windows 10 sahaja |
2. Buka "
Console " pada pelayar web anda:
- Google Chrome : Tekan Ctrl + Shift + J
- Mozilla Firefox : Tekan Ctrl + Shift + K
- IE atau Edge : Tekan F2
3. Salin (
Ctrl + C) kod di
sini.
4. Tampal (Ctrl + V) pada " Console " yang anda telah buka pada pelayar web anda.
Setelah itu , akan terpapar hampir ke seluruh versi Windows (Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10).
5. Pilih versi Windows yang anda perlukan dan klik " Confirm (WZT) ".
6. Pilih bahasa yang anda mahu dan klik " Confirm ".
7. Pautan untuk memuat turun fail ISO windows pilihan anda dipaparkan. Anda hanya perlu memilih versi yang anda perlukan sama ada 64-bit atau 32-bit.
Selesai.... :)