Baca juga >> http://faiz-tutorial.blogspot.com/2014/10/apa-itu-uefi-serta-apa-kelebihan-dan.html
Kebanyakan Laptop atau PC yang baru anda beli yang sudah terpasang sistem operasi Windows 8/8.1, mengunakan sistem boot UEFI. Jadi fungsi key untuk masuk ke bios semasa boot tidak berfungsi kerana Secure Boot telah diaktifkan. Jadi untuk mengatasi masalah ini,saya akan menunjukkan
Cara Menyahaktifkan (Disable) UEFI Secure Boot Pada Windows 8 / 8.1 .
1. Pergi ke PC Setting
- Pada Charms Bar, Klik pada "
Settings" .
- Klik pada "Change PC settings" .
2. Pergi ke "Advance Startup" .
- Untuk Windows 8 :
i) Klik pada "General".
ii) Pergi pada bahagian "Advance Startup".
iii) Klik pada "Restart now".
- Untuk Windows 8.1 :
i) Klik pada "Update and recovery" .
ii) Klik pada "Recovery" .
iii) Pergi pada bahagian "Advance Startup".
iv) Klik pada "Restart now".
3. Akses ke Tetapan UEFI
Selepas proses Restart selesai, akan terpapar pilihan seperti gambar dibawah.
- Klik pada pilihan "Troubleshoot".
- Pada bahagian Troubleshoot, klik pada "Advance options" .
- Pada bahagian Advanced options , klik pada "UEFI Firmware Settings".
- Klik pada "Restart" untuk masuk ke UEFI Firmware Settings (Paparan seperti tetapan Bios) .
4. Menyahaktifkan (Disable) Secure Boot pada UEFI Setting.
- Untuk langkah ini, bergantung pada jenis atau versi tetapan Bios anda.
- Cari tetapan bagi "Secure Boot" sama ada pada tab Security atau Boot dan tukar tetapannya menjadi "Disable".
- Contoh, jika paparan UEFI seperti gambar dibawah, klik pada tab "Boot" . Pergi pada bahagian "Secure Boot" dan tukarkan tetapan menjadi "Disable" (Gunakan keypad arrow untuk menukar).
- Setelah selesai , klik
F10 untuk menyimpan tetapan.
Ok untuk boot seterusnya anda sudah boleh mengakses Bios seperti biasa dengan menekan key berdasarkan jenis dan model pc atau laptop anda.