Sebelum khabar angin mengenai iPhone 6 mula kedengaran, Apple iWatch merupakan peranti yang hangat disebut dan dengan majlis WWDC juga berlalu tanpa sebarang berita mengenai peranti iPhone, iPod mahupun iWatch, kami pasti bulan oktober akan menjadi bulan dimana iPad dan iWatch dilancarkan manakala pelancaran iPhone 6 diadakan sebulan lebih awal.
Laporan terbaru yang mengatakan iWatch akan dilancarkan pada bulan Oktober adalah berdasarkan maklumat daripada pembekal komponen serta sumber terdekat Apple namun sedikit berlainan disini adalah, iWatch dikatakan akan dilancarkan bersama-sama iPhone pada bulan Oktober. Walaubagaimanapun, kebiasaanya, iPhone akan dilancarkan pada bulan September.
Sumber juga berkata bahawa iWatch akan mempunyai skrin paparan melengkung OLED dan mampu mengukur data seperti, glukosa darah, pembakaran kalori, waktu tidur dan tahap oksigen didalam darah. Jam pintar ini juga dikatakan akan menyimpan data cap jari daripada Touch ID iPhone pengguna. Apple menyasarakan untuk menjual 3 hingga 5 juta unit iWatch sebulan.
iWatch juga dikatakan akan beoperasi menggunakan iOS8 dan Apple juga akan menyertakan aplikasi HealthKit .
Sumber