Walaupun baru sahaja melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu Sony Xperia Z2 yang tiba selepas Xperia Z1 dilancarkan enam bulan yang lalu dan Sony mengesahkan mereka akan mengekalkan strategi melancarkan telefon pintar utama setiap enam bulan. Kenyataan ini dikeluarkan oleh pengarah Kreatif Sony Mobile Kurozumi Yoshiro yang berkata Xperia Z2 merupakan telefon pintar utama syarikat itu bagi 6 bulan pertama tahun ini.
Yoshiro berkata Sony mesti melancarkan beberapa model telefon pintar mereka setiap enam bulan bagi mengekalkan daya saing telefon pintar utama tersebut. Selain itu, Yoshiro turut menegaskan bahawa adalah sesuatu yang mustahil bagi syarikat Jepun itu untuk bersaing dengan syarikat pengeluar telefon pintar lain seperti Samsung dan Apple jika melancarkan telefon pintar utama dengan jangka hayat satu tahun. Sony juga dikatakan akan mengekalkan reka bentuk OmniBalance yang diperkenalkan pada Xperia Z dan ianya ternyata popular.
Bercakap mengenai spesifikasi pada Xperia Z3, kami menjangkakan Sony akan memperkenalkan skrin paparan QHD dengan saiz yang sama, pemproses Snapdragon 805 dan pembaikan pada bahagian kamera serta bateri.
Dengan ini boleh disahkan bahawa pada bulan Ogos ini kita akan melihat Sony melancarkan Xperia Z3 yang pasti akan didatangkan dengan spesifikasi yang lebih baik. Xperia Z3 pasti menjadi telefon pintar yang disasarkan sebagai pencabar kepada iPhone 6 yang bakal hadir dengan skrin sapphire dan akan dilancarkan pada bulan September 2014.
Sumber