Tutorial kali ni berkenaan cara untuk menambah Author atau Admin pada sesuatu blogger. Tujuan untuk menambah author/admin ini sekiranya ingin menambah beberapa orang author/admin bagi
mengurus sesuatu blog. Selain tu, sekiranya blog anda sudah sampai
had limit quota untuk upload gambar ke dalam entri, anda boleh menambah akaun email anda yang lain untuk di jadikan admin pada blog tersebut dan anda boleh upload gambar pada entri seperti biasa. Perbezaan Author dan Admin adalah Admin dapat mengakses keseluruhan dashboard blogger manakala Author hanya diberi kebenaran untuk menambah entri dan Settings(hanya dapat mengakses tetapan untuk "Author Option" sahaja) .
Tutorial:
1. Login dan buka Dashboard blogger anda.
2. Klik pada
Settings dan klik
Basic .
3. Pergi ke bahagian
Permissions , pada bahagian
Blog Authors , klik "
+ Add authors" .
4. Masukkan email author@admin pada ruang yang disediakan dan klik "
Invite Authors" .
5. Buka email yang sudah di 'invite' (jika email yang di 'invite' bukan milik anda, suruh pemilik email buka email nya untuk proses penerimaan sebagai author@admin ) .
6. Buka mesej 'invite' yang diterima. Klik pada "Accept invitation" .
7. Selajutnya, Klik pada"Accept Invitation" .
8. Untuk tukarkan permission author, buka pada Settings >> Basic >> Lihat bahagian Permissions >> Blog Author >> Lihat nama author dan tukarkan permission dari "Author" ke "Admin".