Untuk membuat rangkaian ad hoc pada windows 8 ada sedikit perbezaan dari windows 7. Ini kerana fungsi untuk membuat rangkaian ad hoc pada windows 8 telah di sembunyikan oleh Microsoft . Jadi untuk membuatnya perlulah melalui Command Prompt (CMD) . Ikut cara-cara dibawah:
1. Buka Start Screen dan taip "cmd " .
2. Klik kanan pada icon cmd kemudian pilih "Run as administrator".
3. Pada cmd :
i ) Untuk set Nama Rangkaian dan Password Ad Hoc , taip " netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=NAMA RANGKAIAN key=PASSWORD " dan tekan ENTER.
Keterangan:
- NAMA RANGKAIAN - Gantikan dengan nama rangkaian ad hoc yang anda inginkan.
- PASSWORD - Gantikan dengan password yang anda inginkan.
ii ) Untuk aktifkan rangkaian adhoc, taip "
netsh wlan start hostednetwork " dan tekan
ENTER
4. Anda boleh mencuba rangkaian ad hoc anda dengan membuat sambungan ke salah satu laptop atau gadget anda.
Contoh :
5. Untuk matikan rangkaian ad hoc anda, pada cmd (run as administrator) , taip " netsh wlan stop hostednetwork " dan tekan ENTER