HTTP File Server (HFS) merupakan satu aplikasi yang saiznya agak kecil tetapi mempunyai keupayaan yang sangat menakjubkan. Dengan aplikasi ini kita dapat menjadikan pc kita sebagai file server dan dapat berkongsi fail dengan pengguna lain dengan cukup mudah di dalam sebuah rangkaian setempat, contohnya di dalam sesebuah IPT atau pejabat .
Download :
HTTP File Server
P/S: Aplikasi ini boleh digunakan dalam satu rangkaian setempat (Local Area Network) .
1. Jalankan aplikasi HFS pada PC yang mahu dijadikan File Server.
2. Setkan IP pada PC File Server anda dan PC client. (PERHATIAN : Jika didalam rangkaian LAN anda boleh dapatkan IP dari server secara automatik, gunakan sahaja IP yang sedia ada. )
3. Tambah File pada aplikasi HFS .
4. Membuat sambungan ke File Server dengan menggunakan IP File Server melalui Browser PC Client